Wednesday, 28 December 2016

KURSUS BIMBINGAN BAGAIMANA MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH



TAJUK-TAJUK KURSUS BIMBINGAN


  1. Bagaimana mendapat perlindungan daripada segala niat jahat manusia, Jin dan Syaitan melalui bimbingan bacaan ayat 10 dan 33.
  2. Muzakarah tentang persoalan berikut;

a.     Dari mana kita datang 
b.    Untuk apa berada di dunia nyata ini 
c.     Ke mana selepas di dunia ini
d.    Sebenarnya kita siapa 


   3.  Menyaksi gunung runtuh oleh Quran [Al-Hasyr:21]


4.  Bagaimana Melihat dan mendengar;


a.     Mendengar zikir awal
b.    Mendengar bunyi hakikat tanah
c.     Mendengar bunyi hakikat air
d.    Melihat hakikat api/cahaya
e.     Mendengar bunyi hakikat angin


     5.   Rahsia mendapat perlindungan Allah berdasarkan   ayat surah Ali Imran:125



6 Pendedahan 4 jenis rahsia amal muslim untuk menaikkannya menjadi mukmin. Apakah jenis amal itu? Jika kita amati perbualan orang ramai dan ceramah-ceramah agama hanya menyebut 1 jenis sahaja. Benarkah begitu?




7. Memahami beberapa istilah Agama dari sudut maknawiyah & Muzakarah perkara berikut;

1.    Agama dan Manusia
2.    Akil Baligh
3.    Kubur
4.    Solat
5.    Adam
6.    Muhammad 
7.    Malaikat
8.    Syaitan
9.    Iblis
10.Nabi
11.Rasul
12.Khatamur Rasul
13.Rahsia
14.Sulit
15.Ilmu
16.Kenal
17.Rajiun/Kembali
18.Aurat
19.Kiblat
20.Maksum
21.Kenapa ada gejala zina
22.Meruntuhkan gunung dengan hakikat Quran.  




Faedah-Faedah Mengikut 
Kelas bimbingan ini;

  1.  Akan lebih yakin kepada diri sendiri
  2. Berfikiran cerdas berketrampilan sebagai Islam sejati.
  3. Boleh membuat rawatan dari serangan sihir, racun, jin dan setan.
  4.  Mendapat perlindungan khas daripada Allah swt dengan tentera malaikat seramai 5,000
  5. Disegani oleh kawan dan lawan
  6. Mendapat barkat/kemuliaan hidup
  7. Rezeki yang mudah mendapatnya
  8. Musuh akan musnah dengan sendiri
  9. Anda boleh jadi penasihat kepada para pembesar
  10.  Kata-kata anda akan selalu makbul
  11. Akhlak semakin kelas tertinggi
  12. Memiliki ilmu bela diri secara semulajadi 
  13. Rezeki, kehidupan rumahtangga dan anak-anak diberkati selalu oleh Allah.


  

Tempat:

Parcel No. A4-1210, 
No.338 Pusat Dagang Setia Jaya,
9 Jalan PJS 8/9
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Masa:

09:00 pagi hingga 06:00 petang
Setiap Rabu, Sabtu dan Ahad.

Yuran: RM150.00  sahaja (boleh bayar sekaligus atau setiap kali hadir [RM50x3] termasuk makan tengahari.

Bayaran yuran penyertaan atas nama;
Bahari Abdullah@Jedwin Bin Ajok

Bank in | BIMB   No. Akaun:    122340 2012 2486
                BSN   No. Akaun:   1010029000606810
                CIMB No. Akaun:       12260079770521

slip hendaklah disimpan untuk
rujukan bahagian pentadbiran.




52 tahun

Slip bayaran yuran hendaklah diwasapkan supaya dapat menentukan kadar pesanan makanan. Jika tiada wasap sms nama penuh dan no. slip dan waktu dibank in.

Telefon/wasap/sms: 019-3675347
                                019-6403579
                                014-6348564

Pendaftaran dibuka dari sekarang.
sila daftar dengan segera.

  

Thursday, 22 December 2016

PROFAIL PENDAKWAH DAN PERKONGSIAN ILMU




Nama;
Nama;

Ustaz Ya'akob (kanan) saya (baju biru)
 dan Ustaz Ikhwan,  IDIP 1988.
Bahari Abdullah @ Jedwin Bin Ajok. Lahir di Sabah dan menetap di Selangor sejak 1999 hingga kini.

Pendidikan Agama.

Memeluk Islam pada 01 April 1984 dan mula belajar tentang Islam hingga 1985 melalui kursus Pengetahuan Islam Asas di Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Kudat, selama 6 bulan dan Pengetahuan Islam Lanjutan selama 7 bulan di Pusat Latihan Dakwah, Keningau, Sabah.

Pada 07 Januari 1987 saya dan teman-teman lain telah dihantar oleh Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) untuk melanjutkan pelajaran Islam keperingkat Thanawi (4 Thanawi) di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) dan lulus dengan baik. 1989 saya telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus dengan kepujian 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia. Kini sedang mengikuti Program Diploma Syariah, Kolej Dar al-Hikmah, Tajaan MAIS (Semester ke 4 ditanggu)


PELBAGAI KURSUS DISERTAI antaranya; 

  1. Kursus Pendakwah Kewangan Islam, anjuran YADIM, Mei 2015.
  2. Kursus Perkaderan Tahap Umum, Lanjutan dan Profesional Mei, Julai dan   Oktober, 2011. Anjuran MAIS. Bahagian Pembangunan Insan.
  3. Menyertai Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPRO). 


Pengalaman Kerja.
Konvokesyen OIU.FUSC, 2004
Pada bulan Mei 1993 mula bertugas di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri secara kontrak sebagai Pegawai Dakwah bagi Sektor Sabah sehingga bulan Jun 1999. Pada 2001 hingga 2005 bertugas di Progressive Impact Corporation Berhad. Semasa bertugas di syarikat ini saya telah mengambil kuliah peringkat diploma dalam perubatan komplementari di OIU.CM.FUSC.KL-Colombo. Dalam kuliah Kinesiology in Diagnostic Practices dan dianugerahkan sebagai Professional Practitioner [PP] in Colour Vibration Therapy  dan telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3 (SKM2/3) bagi memenuhi prasyarat dalam Akta PTK 2016 - Akta 775. 

Majlis Graduasi 2005, PP.

Berpengalaman menangani penyakit non-medic seperti gangguan sihir dan penyakit-penyakit medic sejak 2008 hingga kini. Tetapi dihentikan sementara waktu sehingga Akta 2016 [Akta 775]mengenai amalan PTK diwartakan  dan segala perkara dalam akta tersebut dipenuhi



Cinta Ilmu.  
Alhamdulillah, saya dianugerahi oleh Allah sifat ingin mencintai ilmu pengetahuan. Sesuatu perkara itu ingin saya ditekuni sehingga faham maknanya. Ini semasa saya ditahun tiga di Institiut Dakwah Islam Perkim [IDIP], saya sempat belajar ilmu tafsir dengan Prof. Dato' Dr. Tan Seri Abdul Jalil
Tan Sri Dato'Dr.
 Abdul Jalil Hassan
Hassan.
Beliau telah memberitahu kepada kami bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada sebuah latar masyarakat yang amat mementingkan gaya bahasa yang indah dan bernilai sastera yang tinggi. Maka Al-Quran diturunkan dengan gaya bahasa dan bernilai sastera yang mengalahkan para sasterawan arab semasa itu dan kini. Oleh itu menurut guru tafsir tersebut memahami Al-Quran tidak boleh dari sudut harfiahnya sahaja tetapi perlu difahami maknawiayah yang sebenar. Maka bermula itulah saya tidak memahami sesuatu istilah dalam agama Islam dari sudut luar sahaja tetapi saya intai ke dalam bilik istilah itu. Contohnya, apabila para imam menyebut KUBUR jangan hanya pandang istilah kubur tersebut yang mempunyai kawasan tertentu dan tempat orang mengubur mayat. Tetapi perlu dimengertikan kubur itu dari sudut maknawiyahnya berdasar ketajaman akal berfikir. Soal dan jawab seperti berikut sebagai contoh supaya dasar agama yang sebenar dapat difahami;


Ali: Abu tadi telah menggorek lubang sebanyak dua lubang.
Abu: Ya. betul. Satu untuk saya membuang sampah dan yang satu lagi tempat saya mengubur mayat.
Ali: Tapi lubang-lubang itu akan bertukar nama sebaik Abu meletakkan sampah dan mayat itu.
Abu: Ya. Saya faham, lubang pertama tadi akan menjadi Lubang Sampah kerana saya menyimpan sampah dan lubang kedua akan jadi Lubang Kubur kerana tempat saya mengubur mayat ini.
Ali: Sampah yang mana?
Abu:[Abu pun mengambil sampah itu dari lubang tanah yang pertama dan ditunjukkan kepada Ali]
Ali: Kubur yang mana satu?
Abu: [Abu pun angkat mayat tersebut untuk ditunjukkan kepada Ali]
Ali: Terima kasih Abu, sekarang saya sudah faham bahawa yang dimaksudkan KUBUR itu adalah jasad manusia itu sendiri.

Berdasarkan perbualan ringkas antara Ali dan Abu tersebut maka fahamlah kita bahawa yang kita ke sana ke sini dengan lagak sombong dan sebagainya hanyalah sekujur 'kubur' sahaja. Persoalan selanjutnya adalah persoalan siapa yang berkubur dalam jasad ini yang sebenarnya? Inilah silibus mengenal diri, oleh sebab itulah Allah mengharamkan manusia bersifat sombong dan takbur kerana sesungguhnya manusia itu tiada dayaupaya melainkan dayaupaya daripada yang mahakuasa. 

Mencintai ilmu adalah sifat semulajadi para anbiya dan orang-orang soleh. Sebab dengan ilmu itu dapat menerangkan yang gelap dan merungkaikan yang kusut. 

Intan Permata mula dicari.

Selepas belajar secara asas, lanjutan dan 4 Thanawi serta ada sikit pengalaman tentang seruan suci (dakwah). Saya mula mencari seperti yang guru saya pesan dalam perguruan di luar kampus Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Prof.
Prof. Dr. Mokhtar Lintang
Dr. Mokhtar Lintang
di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur 1988-1991. Maka seawal tahun 1996 saya sambung mencari pengetahuan itu di merata tempat. 


Semua guru-guru yang pernah saya temui menjelaskan kepada saya hakikat sebenar, hampir sama. Tapi pada akal dan fikir saya belum sempurna lagi kerana masih dalam ruang perbahasan 'penciptaan'. Maka saya mencari 'kun/jadi' selama 15 tahun, akhirnya saya jumpa daripada satu jemaah dikalangan orang-orang biasa sahaja.  Melalui satu dikusi yang dihadiri oleh beberapa jemaah pada bulan November 2011 di Rembau, Negeri Sembilan. Maka saya mula mendapat kefahaman apa yang saya cari selama ini; kena jadi, kejadian, yang menjadi dan hakikat yang menjadi adalah perkara-perkara asas untuk diketahui dan beramal dengan pengetahuan itu. 

Pengetahuan sebenar dalam ilmu ketuhanan adalah inti rahsia kekuatan umat Islam yang sebenar dan BUKAN bergantung semata-mata hal ehwal syariat dengan pelbagai variasi bagi mempamirkan diri sebagai kuat beragama. 

Kena jadi, kejadian, yang menjadi dan hakikat yang menjadi adalah perkara-perkara yang tidak sesuai dicerita di blogs ini. Hanya sesuai dalam majlis kursus kefahaman Ilmu Tauhid Tahap Tinggi. Pelajar mesti berniat untuk belajar ilmu ini semata-mata ingin menuntut kemuliaan Allah. Jika sudah ada pengetahuan maka pengetahuan itu hendaklah disimpan dahulu sementara dalam proses menuntut ilmu-ilmu tersebut. 
  
Daripada perguruan ini, dapatlah saya ketahui secara peribadi sebenarnya RAHSIA AGAMA ISLAM ada di tangan suku di kepulauan Nusantara ini yang disebut Bani Jawi. Bani Arab pula agak suram dan kelam selepas penjajahan dan gerakan wahabi timbul. Bani Levi [kaum yahudi] rahsia  itu terpadam dengan sendirinya selepas seabad sepeninggalan Nabi Isa Al-Masih dengan timbulnya ajaran baru yang dikenali sebagai Kristian. 

Justeru yang saya cari dan kita semua wajib ketahui dan praktik adalah Inti Rahsia Tuhan dan Ketuhanan. Ingat ini, apabila kita menyebut 'Rahsia' ertinya tanpa huruf dan tanpa suara. Jadi, jika dihurufkan dan disuarakan, SAH bukan Dia. Jika mengakui maka pengakuannya itu akan jatuh ke lembah api kekafiran atau zindik. Jika begitu apakah perkara yang perlu kepada umat Islam sebagai pemegang rahsia itu lakukan? Jawapannya ialah umat Islam wajib bekerja dengan perkerjaan yang  baik dengan cara terbaik. Pekerjaan yang baik seperti bidang pertanian, penternakan, perusahaan, belajar, mengajar,  sains dan teknologi, ketenteraan perdagangan dan sebagainya dilakukan cara terbaik mengikut syariat. Bekerja (beramal) ini telah dikuasai oleh Barat seperti Amarika, EU dan Yahudi. Disebelah Timur pula seperti China, Jepun dan Korea tapi akhirnya mereka menjahati orang lain dengan mencipta pelbagai alat pembunuh kerana mereka tiada rahsia tersebut. Mereka tidak kenal diri dan orang lain di sekelilingnya. 

Maka untuk mencapai hakikat Islam yang sebenar adalah dengan Kenal Diri siapa, dari mana, ada di dunia untuk apa dan selepas di dunia ke mana akan pergi. Empat soalan ini bukan dikemukan kepada orang lain tetapi dikemukan kepada diri sendiri. Ribuan tahun dahulu soalan seperti ini sudah dikemukan tetapi Aristoteles mengatakan manusia adalah haiwan yang berakal sihat. Di abad 20 seorang penulis Amerika, Rick Warren dalam bukunya The Purpose Driven Life hanya berkomentar di sekitar pertanyaan, "manusia ada di dunia untuk apa?' dan apabila dianalisis berdasarkan akal berkelas tinggi sebenarnya komentar-komentarnya amat banyak yang kontra dan tidak masuk dalam prinsip Tuhan dan keTuhanan yang sebenar. Namun Islam berdiri dengan gagahnya dan memberi 4 soalan tersebut dan menjawabnya dengan amalnya.


Sebenarnya RAHSIA DIRI adalah perkara yang dipesan oleh guruku, Prof. Dr. Mokhtar Lintang untuk dicari. Alhamdulillah ditemui. Hanyasanya beramal itu suatu perkara yang lain bagi mencapai 'kun' tersebut. Walau pun begitu beramal dengan asas akhlak yang baik dan ayat 10 dan 33 [Wirid Amalan Khas] selepas solat subuh dan maghrib sudah cukup hebat bagi seorang Islam yang istiqomah dengannya. 

DAI BEBAS UST. BAHARI
Pengalaman peribadi bersama Ummat dan Solusinya.
Sedekad yang pertama selepas menjadi seorang muslim, saya sering bertanya kenapa umat islam saling fitnah dan saling menjatuhkan sesama sendiri bahkan hampir tiada sifat persaudaraan menurut nilai-nilai nubuwwah. Inilah juga dorongan kuat saya untuk ingat pesan guruku untuk mencari lagi. Selain itu saya pernah ditegur oleh seorang tua ketika menjalankan kerja dakwah bahawa saya sebagai muallaf ilmunya baru diperingkat kulit sahaja, saya ambil positif akan kata-kata itu dan terus melangkah untuk mencari dan jumpa. Maka menurut kesimpulan daripada perguruan saya adalah kerana manusia ini tidak kenal dirinya siapa, apa lagi orang lain. Maka, kasih sayang tidak wujud dan itulah antara sebab utama kenapa mereka saling khianat. Inilah rahsia kenapa dalam ajaran Islam yang asal, seseorang yang memulakan untuk beragama mesti dimulakan dengan Mengenal Allah dahulu. [[Awaluddun Ma'rifatullah]] adalah hadis sahih. Tapi menjadi perdebatan para ulama. Setengahnya mengatakan hadis ini palsu dan setengah lagi mengatakan hadis sahih. Namun kepada saya dengan pertimbangan akal dan sedikit petunjuk bahawa hadis tersebut adalah benar dan sahih. Ini kerana boleh dilihat di Surah Al-'Araaf:172 (سورة الاعراف), "bukankah Aku ini Tuhan kamu" dan para Roh ini menjawab, " bahkan kami bersaksi"; dialog sudah tentu saling saksi-menyaksi. Justeru, kedudukan hadis tersebut adalah benar dan dibenarkan. Semua para wali Allah pun memulakan tapak binaan agamanya berdasarkan hadis tersebut. Sesama manusia pun adalah dengan saling kenal-mengenal maka akan wujud cinta dan saling redha dan meredhai dan berlakulah perkahwinan jika lelaki dan wanita saling kenal-mengenal itu. 

Maka solusinya adalah dengan berada dalam jemaah mukmin supaya dapat saling kenal-mengenal. Jika jemaah belum wujud, wajib diwujudkan dengan ciri-ciri tertentu. Ayat-ayat Quran dan Hadis Sahih sangat banyak menekankan kepentingan jemaah dan berada dalam jema'ah. Antaranya dalam surah Ali Imran ayat 103 hingga 105 dan banyak hadis sahih mewajibkan umat Islam berada dalam jema'ah antaranya seperti ini;

Dari Abdullah bin Umar berkata: Umar bin Khattab radhiallahu 'anhuma pernah berkhutbah di Al-Jabiyah seraya berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berdiri di hadapan kami dan bersabda: "Barangsiapa dari kalian menginginkan tinggal di tengah-tengah syurga, maka hendaklah berpegang teguh kepada Al-Jama'ah, kerana syaitan bersama seorang (sendirian) dan dia dari dua orang, dengan lebih jauh.
Hadis ini diriwayatkan oleh:
1. Tirmizi, hadis no. 2254 dengan syarh Tuhfatul Ahwadzi.
2. Ahmad dalam Musnadnya juz I, hal. 18.
3. Hakim dalam Mustadrak juz I, hal. 114.
4. Baihaqi dalam Sunanul Kubra juz VII, hal. 91.

[[Dari Abu Dzar radliyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa memisahkan diri dari Al-Jama'ah walaupun sejengkal, maka bererti dia telah melepaskan ikatan Islam dari tengkuknya]]
Hadis ini diriwayatkan oleh:
1. Abu Daud dalam Sunannya, hadis no. 4758
2. Ahmad dalam Musnadnya V/180
3. Hakim dalam kitabnya Al-Mustadrak I/117
4. Ibnu Abi 'Ashim dalam As-Sunnah (892)


Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umatku di atas kesesatan. Dan tangan Allah bersama Al-Jama'ah. Barangsiapa menyimpang dari Al-Jama'ah, bererti dia menyimpang ke neraka.
Hadis ini diriwayatkan oleh:
1. Tirmizi dalam Sunannya (2167)
2. Hakim dalam kitab Al-Mustadrak I/115
3. Ibnu Abi 'Ashim dalam As-Sunnah (80)

Saya sering berdikusi tentang kepentingan jema'ah dan ramai yang tidak memahaminya kecuali yang difahami adalah berjema'ah solat di masjid. Sebenarnya jema'ah solat di masjid itu adalah untuk menyampaikan kehendak peripenting umat Islam mempunyai jema'ah dalam ertikata yang sebenarnya. Maka solat berjema'ah lima waktu pun jika hakikat pesanan disebalik kewajipan berjema'ah itu tidak difahami dan tidak dipraktik oleh kaum muslimin maka itulah yang dikatakan dalam hadis ;


Riwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi pinggan dan mengajak orang lain makan bersama."Maka para
sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut." Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn." Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian.

Maka saya berpendapat umat islam kena kembali kepada kepimpinan Allah dan Rasulnya melalui seorang pemimpin yang memiliki ciri-ciri nubuwwah. Demikian apa yang dapat saya kongsikan bagaimana solusinya disebalik kecelaruan ummat Islam dewasa ini.


Kearah Islah Muslimin.

Agama bukanlah seperti yang  kebanyakan orang fahami, iaitu sekadar menunaikan rukun Islam yang lima dan percaya kepada rukun iman yang enam. Sebenarnya Islam dicapai melalui 3 jalur lagi selain syariat. Syariat ini yang sebetulnya hanya berperanan mengawal tingkahlaku manusia. Masyarakat yang didominasi oleh pemikiran syariat semata-mata akan melahirkan sebuah masyarakat penghukum dan bukan masyarakat pendakwah. Malahan masyarakat Syariat [syariyun] memiliki sikap kasar, berakhlak kurang elok kepada orang lain dan selalu terdedah dengan syirik.  Namun seseorang Kenal Allah dengan pengenalan Hakikat melalui satu Jalan [metodologi] yang tertentu, akhlak luhurnya terbina dengan sendirinya.

Keadaan sebuah masyarakat yang gemar menghukum orang lain. Maka akan mewujudkan salah faham dan pertelingkahan dalam masyarakat. Maka syariat semata-mata belum lagi sempurna sebagai sebuah agama Tauhid. Malahan jika beribadat sekalipun masih diselimuti dengan kain syirik [Al-Muddaththir:1-5] yang kotor maka itulah Allah berfirman supaya kita bangun dan membersihkan tubuh badan dan pakaian itu. Berikut adalah sifat-sifat yang boleh mengukuhkan agama dalam diri dan dalam sistem masyarakat supaya praktik dan maksud sebenar Iman itu dapat dilihat dan dapat berhasil sebagai buah yang dituai; 
  1. Mudah marah jangan sekali
  2. Bercakap bohong jangan dipeduli 
  3. Berjanji jangan sekali dimungkiri
  4. Amanah jangan dikhianati
  5. Sabar ketika diganggu
  6. Ikhlas membuat sesuatu pekerjaan
  7. Suka kepada setiap orang, haiwan dan alam sekitar
  8. Menggunakan mata, mulut, telinga dan akal fikir demi kebaikan kepada diri, keluarga dan orang ramai.
  9. Kurangkan makan dan tidur
  10. Selalu berada dalam jemaah
  11. Banyakkan solat dan puasa.
  12. Selalu qiamulail dan tafakur. [sila renung dengan ketajaman akal fikir, apakah yang dikatakan qiamulail itu adalah solat sunat tasbih?]


Jenis-jenis amal.
Setelah saya mendapat kefahaman yang jelas dalam pencarian saya. Maka saya dapat simpulkan bahawa amal ada 4 perkara. Namun kebanyakan orang mengatakan bahawa membantu anak yatim, ibadat. Pergi ke tempat kerja, ibadat. Makan dan minum kerana Allah dan seterusnya adalah ibadat belaka. Ertinya amal tersebut cuma satu (1) sahaja.  Berikut penjelasan 4 kategori amal dalam agama Islam;


1. Amal Kebajikan.

Membantu anak yatim, bekerja untuk nafkah, mentadbir sesuatu dengan baik dan selanjutnya adalah dalam kategori amal kebajikan. Ada 29 kali disebut dalam Al-Quran 'amal kebajikan' ini.  Amal kebajikan ini diberi oleh Allah kepada semua orang bahkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan pun melaksanakan amal kebajikan. Haiwan jika diberi latihan akan memberi khidmat kepada orang lain. Tumbuhan-tumbuhan pula sentiasa mengeluarkan oksigen untuk membantu kepada segala yang bernyawa untuk hidup bernafas. Sebab itu menjaga alam sekitar wajib bagi manusia, malahan bukan orang Islam lebih berkebajikan, seperti Negara Ireland sebuah negara yang aman damai dan tanpa rasuah adalah hasil daripada amal kebajikan yang nyata.

Apakah tiga [3] jenis apa itu? 

Secara jujurnya sepanjang saya mengikuti pelajaran  di bilik kuliah atau kuliah umum tiada pendedahan khusus mengenai tiga lagi jenis amal tersebut. Sila daftar kuliah yang saya adakan di alamat tempat tersebut di atas. 



Pengalaman membantu meningkatkan Iman dan Takqwa.

Tan Sri Abdul Samad Idris
Sejak 1988 seperti yang saya sudah katakan diatas iaitu semasa belajar peringkat thanawi di Institut Dakwah Islamiah Perkim, Petaling Jaya, Selangor saya juga belajar di luar dengan memilih Prof. Dr. Mokhtar Lintang  sebagai orang yang boleh mengajar. Beliau adalah seorang ulama yang tidak asing lagi di kepulauan Nusantara ini. Beliau adalah bekas Menteri Agama semasa President Sukarno dan antara pengasas UKM. 

Ketika memberi kepada saya  wirid amalan selepas subuh dan maghrib. Dia kongsi pengalaman dengan saya, "kepala bapa ini berharga USD200,000 ditawarkan kepada sesiapa yang boleh memanggalnya, ini berlaku semasa pemerintahan President Sukarno kerana bapa menentang kemasukan Kominis, tapi apabila bapa lalu di lapangan terbang di Jakarta bapa tidak dikenali oleh para jeneral yang berjaga di lapangan terbang itu untuk bapa ke Malaysia", katanya sambil menghulurkan risalah kepada saya yang tertulis beberapa ayat. Saya sambut risalah itu dan cium tangan Bapa Mokhtar Lintang dengan ucapan terima kasih. Perguruan saya dengan beliau sehingga akhir 1990 dan disempurnakan pengijazahan oleh Datuk Haji Abdul Samad Idris pada 06 Januari 1991/23 Jamadil Akhir 1411, di Pusat Beliau Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. (Kedua-dua guruku ini telah pun arwah - Al Fatihah untuk mereka berdua)

Saya telah uji diri saya sendiri dengan sengaja buat pasal dengan kawan akibatnya memang buruk padanya. Kena pukul dengan teruk, dari pengalaman itu tahulah saya bahawa AKHLAK yang LUHUR yang sahaja mendapat bantuan Allah. Ini kerana Nabi Muhammad saw diutus untuk menyempurnakan AKHLAK yang MULIA. Sedangkan kita adalah umat yang dijaminnya selamat. "Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut" - Al- Furqaan:16

Sebaliknya jika saya berada diposisi yang benar dan berpakaian dengan pakaian AKHLAK yang mulia, peringkat awal saja orang yang memusuhi tampak hebat tapi berakhir dengan kemusnahan yang amat perit. Begitu juga yang dikenakan kepada keluarga saya, musuh itu kecundang dengan amat teruk. Jadi yang kita takut hanya kepada Allah dengan mengikut ajaran Nabi AgungNya Muhammad saw.

Banyak pengalaman yang saya alami tapi cuma tiga [3] perkara sahaja yang saya ingin kongsikan di sini;

1. Cerita ini semasa saya di Sabah. Saya upah Orang Cina namanya En. Peter, angkat kayu balak menggunakan lori balak keluar dari hutan lebih kurang 9 kilometer dari tapak binaan rumah yang ingin saya dirikan. Keadaan jalan tersebut adalah jalan lori balak berbukit yang curam tetapi jalannya agak rata juga sebab bukit dipotong buat jalan secara rentas. Semasa balik hujan turun, walau pun tidak lebat tetapi cukup membasahi jalan dan licin. Beberapa meter sebelum sampai di satu jambatan dengan keadaan jalan lebih kurang berkecuraman 10 darjah. Lori tersebut seperti tergelincir. Jadi En. Peter (driver) pusing staring sebelah kiri tetapi yang memeranjatkan kami staring lori itu pusing ke kanan tanpa boleh dikawal kekuatan staring itu pusing ke kanan dan lori tersadai di bahu jalan sebelah kanan. Jika staring pusing sedikit ke arah kiri nescaya lori tersebut masuk ke dalam gaung bersama muatan balak 12 batang. Jadi yang mula-mula kena hempap lori dan balak adalah saya. Di sinilah letaknya keyakinan saya tentang Al-Quran surah Al-Hadid ayat 3-4. "Wahuwa ma'akum ainama kuntum". Ertinya, Dan Dia bersama kamu di mana kamu berada". Jadi, jangan hairan saat mandi di bilik air tetiba ada jalan penyelasaian masalah dapat difikir. 

Adapun Orang Cina yang mula-mula saya panggil angkat balak itu dan telah berjanji jam 2 petang untuk angkat balak-balak telah mungkir janji. Ceritanya begini, "Saya tunggu hingga jam 4 petang hari sabtu tidak sampai-sampai lagi. Saya datang ke rumahnya dengan susah paya untuk tanya kenapa tidak datang. Maka isteri dia bagi tahu saya dia sedang tidur. Dia suruh saya datang pagi esok hari ahad, saya datang lebih kurang jam 11 pagi pada hari ahad. Sekali lagi isterinya bagi tahu saya bahawa suaminya itu sedang tidur dan memang betul sebab saya lihat menerusi tingkap rumahnya. Maka saya balik dengan hati kecewa. Hari isnin saya datang ke kedainya dan kebetulan setiap hari isnin adalah pasar minggu dan ramai orang, saat itulah saya tanya Cina tersbut bila senang angkat balak itu sebab sudah berjanji, harapan saya dia menjawab dengan betul tapi sebaliknya Cina itu marah dengan saya maka orang ramai pandang saya sebab orang ramai tidak maklum pokok pangkal sebab-musababnya. Maka saya takut akan dituduh bersalah, saya mengalah dengan susah hati dan malu. 

Beberapa minggu selepas kayu-kayu balak itu dapat dibawa keluar dari hutan tersebut, saya mendapat berita tentang Cina tersebut [nama tidak disebut disini] mati dalam tidurnya. Kedainya bankrap dan segala lori dan keretanya ditarik oleh bank. Maka saya percaya apabila berjanji jangan dimungkiri. Jika ada masalah lagi elok sangat beritahu penerima janji itu supaya ada ikhtiar lain dengan perasaan senang di kedua-dua pihak.

2.  Semasa saya berada di Melaka dan tinggal di rumah kedai 2 tingkat. Tingkat bawah restoran dan tingkat atas tempat saya berniaga perkhidmatan kesihatan menurut kaedah komplementari. Saya turun bawah untuk makan, tapi satu macik [pemilik kedai makan] ini seperti berbahasa perli dengan aku sebab berniaga ubat. Saya cuma pandang mukanya sepintas lalu sebagai respon kepadanya tanpa apa-apa perkataan dari saya. Satu hari saya lewat balik sebab lepak dengan kawan-kawan tertentu saya selepas maghrib hingga jam 2 pagi. Dari jauh lagi saya dipangil-panggil oleh Abang itu [pemilik kedai restoran], dia bagi tahu kepada saya macik itu [isteri dia] sakit perut  yang amat. Jadi saya diminta untuk rawat. Saya masuk kedainya dan lihat macik itu memang sakit yang teruk sampai keluar air mata menahan kesakitan. Saya minta air minum segelas dan baca ayat tertentu dalam ayat 10 [wirid amalan] kemudian saya suruh lap di perut dan minum. Lebih kurang 4 minit selepas itu macik tersebut tertidur dengan selesa. Keesokan hari saya turun makan untuk sarapan, macik itu senyum dan hormat saya. Selepas sarapan, saya ambil duit untuk bayar, Abang itu [suami macik] bagi tahu saya tidak perlu bayar malahan dia bagi duit kepada saya pula sebagai perkhidmatan saya pada malam tersebut.

3. Satu hari saya dan abang saya ke laut memukat ikan, seharian kami di laut seekor ikan pun tiada masuk pukat. Dalam perjalanan balik, saya berkhayal dapat ikan belanak 5 ekor. Keesokan sebelah pagi lebih kurang jam 10 pagi ikan belanak 3 ekor meyerah diri dibawah rumah saya. Seekor terlepas 2 ekor lagi kami dapat, setiap seekor lebih 2 kilogram beratnya. Maka saya faham bahawa yang pemberi rezeki ialah Allah bukan semata-mata usaha kita.

Soal fitnah yang dilemparkan orang kepada saya jangan ceritalah tapi semua fitnah itu balik kepadanya dengan amat dahsyat. Maka percayalah ajaran Nabi Besar Muhammad saw bahawa fitnah itu dosa yang amat besar, jangan umat Islam lakukan.  



Amalan Wirid Selepas Solat Subuh dan Maghrib.

Risalah yang diberikan untuk amalan dinamakan ayat 10 dan beberapa minggu kemudian saya dapat lagi risalah yang mengandungi amalan dalam perguruan itu yang dipanggil ayat 33. Disamping itu, asas akhlak seperti sifat-sifat berikut sebagai panduan yang diberikan dalam perguruan tersebut;

1. Ingat Allah selalu di mana juga berada (QS:Al-Ahzab:41-42) 
2. Tidak boleh melampau batas (QS: Al-Baqarah:190)
3. Jangan takut (Sebaliknya jika berhadapan dengan musuh tidak boleh takut sebab ketakutan hanya kepada Allah dan jika takut kepada musuh  hati tidak khusuq kepada Allah. Oleh itu serahkan seratus peratus kepada Allah. QS: Al-Baqarah: 150)
4. Tidak boleh marah-marah(Hadis dari Ibnu Abbas: sabar ketika marah, memaafkan ketika diganggu. Maka apabila mereka berbuat demikian, nescaya mereka dilindungi Allah dan tunduk kepada mereka musuhnya
5. Tidak boleh takbur, sombong dan bongkak (QS: An-Nisa:36)
6. Bahkan sentiasa dalam keadaan sabar, tenang dan mengawal diri daripada pengaruh luar. Ertinya kita jangan dapat dipengaruhi oleh sebarang godaan dan gangguan yang datang dari sekeliling kita. Sebab itu semua mengacau ketenangan hati kita yang sedang mengingat Allah. (QS: Ar-Ra'du:28)

Sabar, takwa dan ingat Allah sentiasa maka Allah membantu sang mukmin itu berupa tentera yang terdiri daripada malaikat seramai 5,000 malaikat (QS:Ali Imran:125) Bahkan lebih ramai daripada itu lagi (QS: Al-Fat-h: 7) sepantas kilat tatkala sang mukmin itu menghadapi musuh. 

Mempraktik bagaimana kita memperolehi bantuan Allah mestilah belajar berdasarkan silibus  tertentu. Misalnay Al-Quran apabila menyebut, 'Hisab' maka praktiknya adalah belajar tentang matematik, falak dan sains dengan berguru dengan guru khas. Begitulah juga dengan pelajaran-pelajaran lain yang istinbat daripada Al-Quran itu. Inilah yang dimaksudkan bahawa Al-Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw adalah Kitab Al-Quran dan inilah juga yang dimaksudkan bahawa Nabi Muhammad saw itu sebagai ummi iaitu ibu segala ilmu. Bukan ummi itu adalah merujuk kepada nabi yang tidak boleh membaca dan menulis atau buta huruf. Pada hal Nabi Muhammad saw adalah ikutan terbaik kepada manusia yang beriman kepada Allah dan RasulNya yang agung itu. Dalam perguruan yang saya tuntut inilah saya dapat ketahui bahawa pengintip yang paling berkesan adalah Rahsia yang wujud pada diri sang mukmin tersebut. Contohnya ketika keadaan huru-hara Mesir semasa President Anwar Sadat dibunuh tentera pada tahun 1981, Ibu (Isteri Prof. Dr. Mokhtar Lintang) masih berada di Mesir ketika itu. Untuk memastikan Ibu tidak mengalami masalah, Prof. Dr. Mokhtar Lintang telah menyuru tidur pembantunya dengan membaca surah Al-Fatihah dan ayat Qursi. Maka tertidurlah pembantu tersebut, semasa dalam tidur itulah disuruhnya pergi ke Mesir meninjau keadaan Ibu. Pembantu itu yang dalam keadaan tidur memberitahu nombor rumah,  dan nama jalan tempat tinggal Ibu dalam situasi yang selamat. Selepas Ibu sudah balik ke Malaysia lalu ditanya nombor dan nama jalan tempatnya tinggal adalah sama seperti yang diberitahu oleh pembantu tersebut semasa ditidurkan. Sebenarnya kaedah itu tahap ke dua. Tahap pertama adalah tidak diperlukan tidur tetapi dalam keadaan jaga. Ini adalah dalam perguruan aku yang terkini yang saya jumpai selepas 15 tahun itu. 

Akhirnya muslimin perlu mengetahui perkara-perkara berikut sebagai objektif utama kita sebagai muslim yang mengetahuinya dan mempraktikkannya;

1. Dari mana kita datang?


2. Ada di dunia ini untuk apa?


3. Selepas di dunia ini kita ke mana?


4. Kita sebenarnya siapa?


Ribuan tahun sebelum adanya Muhammad saw persoalan di atas sukar dijawab oleh bangsa Yunani, Greek dan Mesir sehingga Nabi Agung itu menjawabnya melalui Quran dan Hadisnya yang mulia.


Prof. Dato' Dr. Harun Din
Dengan ini, sudah tiba masanya saya ingin berkongsi kepada sekalian saudara saya muslimin bukan sahaja di Negeri Selangor malahan seluruh Negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand bahawa mulai 2017 / 1438H sebagai bermulanya semangat baru untuk Promosi Dakwah Islamiyah secara Solo atau secara jemaah. Bak kata Ulama yang tersohor di Malaysia, Prof. Datuk Dr. Harun Din [arwah], "berdakwahlah sampai alim BUKAN alim dahulu baru berdakwah"

Berikut adalah butiran peribadi saya bagi maksud Program Dakwah Solo Negeri Selangor 2017/2018;


Kad Tauliah: Bil. Daftar 307/2014

Tempoh: 27 Jun 2014 - 31 Disember 2018

Kategori : D1 & D2

Tel. 019-3675347 | 019-6403579

Alamat: 01-01-23 Pangsapuri, Taman Sri Rasau , Jalan Batu Tiga Lama,
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.



Kerja dakwah ini sebenarnya bersifat kolektif, jadual akan diedarkan kepada setiap masjid terpilih dan saya berharap Nazir dan AJK dapat memberi kerjasama bagi perkongsian tajuk-tajuk berikut;



  1. Pesanan disebalik Surah Al-Fatihah & Solat hubungannya dengan kehidupan masyarakat. 
  2. Kenapa saya memeluk Islam.
  3. Tauhid dan Syariat hubungannya dengan Akhlak.





Dicadangkan setiap masjid yang ingin saya lawati akan berikhtikaf selama 3 hari jika perlu kerana akan memberi khidmat pemeriksaan punca penyakit dan nasihat pemakanan. Bayarannya seikhlas hati sahaja.  Kepada yang ingin memberi infaq bagi kelangsungan Program Dakwah Solo ini boleh menyumbang seikhlasnya atas nama peribadi saya;  


Bank Islam: 12234020122486 
              BSN: 1010029000606810
        CIMB: 12260079770521

Terima kasih atas infaq tersbut, sesungguhnya pembalasan Allah terlebih baik daripada balasan manusia. Terima kasih.


Dapatkan amalan khas ayat 10 dan 33 dan Sijil Ijazah dari saya dengan Mahar RM30.00 termasuk belanja pos. Niatkan menuntut kemuliaan Allah dan kemajuan dakwah yang kita sama-sama jalankan di Malaysia keseluruhannya.

Cara beramal dengan detail ayat 10 & 33 itu akan diberitahu dibelakang Sijil Ijazah. Kesan beramal dengan ayat tersebut berbeza-beza antara pengamal dengan pengamal yang lain berdasarkan niat. Maka niatkan untuk menuntut kemuliaan Allah SWT.

***